
Tuptap.. anak saudaraku paling sulung dah masuk universiti.. Memang betol zaman sekarang ini , saingan untuk masuk ke universiti untuk kalangan pelajar perempuan amat tinggi. Zaman dulu, boleh kata kenduri besar jugak bila si anak dapat masuk universiti.. Namun, skang nih, masuk universiti adalah perkara yang biasa. Aku sendiri sebagai graduasi universiti merasakan sijil yang ku genggam masih belom cukup berbanding ilmu yang sangat byk yang masih belom di ketahui. Dan pengalaman bekerja dan ilmu yang dibelajar jauh sekali berbeza dan byk menguji kematangan diri sendiri. Minggu ini, aku telah masuk ke Tech Ins System Dept... byk membuatkan aku sedar betapa byknya ilmu yang masih belom dipelajari... Segan dengan mereka yang senior.. harap mereka dapat membantu aku dalam mempelajari tentang network, security dan server.
Diploma Vs Matrikulasi?? Mana yang bagus??
Nazira dapat diploma sains komputer dan matrikulasi satu tahun.. Pada aku, kedua2 nya bagus..
Matrikulasi Satu Tahun
- Tempoh dapat degree pendek (1 tahun, matrix + 3 tahun, degree = 4 tahun)
- Sijil matrix tidak laku.
- Terpaksa bersaing lagi untuk mendapatkan tempat ketika mengambil peperiksaan matriks
Diploma
- Tempoh mendapat degree panjang (3tahun, diploma + 2 tahun, degree = 5 tahun)
- Sijil diploma laku dan mudah dapat kerja.
- Course dah tetap, so boleh focus.
Memang menjadi kebanggaan bila si anak dapat pergi ke menara gading. Gembira si ibu bapa dan saudara mara di iringi dengan doa kejayaan si anak. :)... aku pon turut gembira dan turut mengambil peluang untuk menghantar nazirah ke unimap... sambil2 berjalan ke perlis yang dah 4 tahun tak kesana.. Last skali masa aku kerja disana pada tahun 2005.
No comments:
Post a Comment