Monday, June 13, 2011

Try to be A good Parent 2

Sejak dua menjak nih aku agak stress.. stress keja.. stress ngan umah tak kemas... stress ngan shazwan yang asyik minta perhatian... So what should I do with all the stress????

Kenapa Shazwan pon stress??? Meh baca kat sini..
http://kidshealth.org/parent/emotions/feelings/stress.html#

Mungkin stress tuh datang dari parent itu sendrik. Ok mari kita check mana datangnyer stress kat anak2 kita :
1. Overscheduling
Mungkin masa kat sekolah... anak2 kita terlalu padat ngan aktiviti pembelajaran sehingga mereka merasakan tertekan. Dan mungkin parent terlalu nak kan anak mereka cepat pandai dan menunjukkan anak mereka hebat.. menyebabkan anak tertekan.
2. Rancangan TV
Rancangan TV yang mungkin akan merosakkan pemikiran anak2.. Cthnya pergolakkan dunia yang menyebab anak2 merasakan idup mereka tidak gembira dan terancam. Malahan rancangan hantu yang akan menyebab anak2 merasa takut dan sekaligus menyebabkan anak stress kerana berasa tidak selesa dan tidak selamat.
3. Perbualan keluarga
Kalau boleh elakkan berbincang masalah kerja dengan anak2 kerana anak2 akan merasa tersisih dan tidak penting. Malah masalah kerja akan mengurangkan perbualan anak2 dengan ibu bapa. Perbincangan masalah keluarga ini juga akan menyebab anak merundum dan takut utk berada di dunia pekerjaan kerana pernah mendengar masalah yang diceritakan oleh ibu bapa mereka

Camana kita nak tau anak kita mengalami STRESS??
1. Berangin dan bertindak luar batas
2. Kencing malam
3. Tidak dapat menumpukan perhatian
4. Suka bersendirian
5. Isap jari
6. Mimpi ngeri

Bagaimana nak bantu anak kita menghadapi STRESS?
mm... yang ni yang susah sbb kita sendrik susah nak handle stress... Cmana kita nak bantu anak supaya dapat handle stress mereka..
1. As parent kita kena beri makanan yang berkhasiat supaya anak kita mempunyai kecergasan yang optimum utk menjalankan aktiviti yang lasak. Rehat dan tido yang cukup adalah penting untuk memberi kecergasan di waktu aktiviti siang.
2. Advance preparation
Cthnyer... mungkin kita boleh jangka apa yang akan berlaku cth peperiksaan... kegagalan.. kejayaan rakan.. Dan kita boleh explain anak2 apa maksud gagal dan menang supaya anak2 bersedia menghadapinya dan memahami bahawa kegagalan tidak bermaksud segalanya berakhir.
3. Riadah bersama anak2
Salah satu cara untuk memulihkan stress adalah beriadah bersama keluarga. Membawa anak2 bercuti di tempat yang menggembirakan mereka dan melupakan masalah yang mereka hadapi.
4. Mendidik anak memahami bahawa tidak salah untuk berasa marah, takut, keseorangan dan rasa ragu2 tetapi harus dikongsikan semua perasaan itu bersama keluarga supaya perasaan itu tidak menghantui diri mereka dan membiarkan perasaan itu terjerumus kepada masalah STRESS.
5. Kadang anak2 sukar untuk membincangkan masalah mereka. camana nak atasi
Caranya.. cuba memahami keadaan mereka, melihat kesediaan anak2 untuk bercerita masalah, berbual dengan anak seperti seorang rakan yang sangat memahami, cuba menjadi rakan penDENGAR bukan rakan pengKRITIK. mendalami masalah anak seperti menghadapi masalah itu pada diri sendri...

Tapi... adakah sy berjaya menjadi parent yang baik? Hanya tuhan saja yang tahu.. Aku berdoa supaya Allah mempermudahkan segala urusanku dan menambahkan rezeki ku, menjadikan aku seorang yang penyabar serta ibu yang baik, memberi pelindungan kepada keluargaku serta isteri yang baik kepada suamiku... dan yang paling penting menjadi umat yang baik kepada ilahi..

AMIN..

No comments:

Post a Comment