Saya terbaca blog rakan http://www.ashikinhashim.com/2011/06/16/suri-rumah-tugas-kelas-pertama/
Ini pendapat peribadiku.. :)
Saya ada cita2 menjadi seorang suri rumah.. jika suami sy berkemampuan dan dapat memberi pendidikan yang baik utk anak.. saya akan berenti keja..dan jadi surirumah sepenuh masa.. Sekarang saya bekerja di plaza massalam... kelihatan anak2 sekolah bergaul perempuan lelaki tanpa segan silu... Ini tahun 2012.. lagi 10 tahun anak saya akan ke sekolah menengah.. Apa yang akan berlaku di zaman itu?? Risau tuhan saja yang tahu.. Ramai orang mempersoalkan kenapa saya bercita2 menjadi surirumah tetapi saya masih sibuk nak sambung belajar sampai ke master (current) kalu boleh saya nak amik phD.. Sy nak menunjukkan kepada anak2 bahawa ilmu itu amat penting.. dan amal juga penting.. Sy nak jd role model untuk anak2.. Tapi tak la bermakna tanpa certificate tuh orang tak leh berjaya.. Rezeki itu Allah yang tentukan..
Kenapa nak jd surirumah??? Sebab pada pendapat saya.. Anak2 perlukan perhatian dari ibu/ emak/ umi...Tugas utama bapa/ ayah/ walid, adalah mencari rezeki... Kalau lah saya jadi surirumah.. tugas menghantar anak ke sekolah, tusyen, beli barang2 dan berjumpa rakan2 anak2 dapat saya lakukan dengan lebih baik..Jadi keselamatan anak saya terjamin.. Didebitkan lg hubungan erat antara saya dan anak.. Bukan sikap mengkongkong anak yang cuba saya terapkan... Saya akan cuba menjadi rakan terbaik anak2 saya.. InsyaAllah saya tidak menghalang aktiviti remaja selagi batas agama masih di jaga... Saya berharap saya dapat memasak untuk keluarga serta menyiapkan kelengkapan keluarga sebaik yang mungkin... Ya Allah... itu laa harapan saya.. dan saya rasa ramai yang ingin menjadi seperti saya.. Kalau boleh.. saya nak mengajar anak2 saya sendrik... So, tak payah tusyen.. Mak dah boleh beri pendidikan yang baik utk anak2 mak :) Tapi mungkin silibus dulu tak sama ngan sekarang.. Sbb dok ajar anak saudara... pening jugak laa.. walaupon jawapn sama.. cara berbeza..
Ok la.. itu jer celoteh petang nih.. selepas menyiapkan moodle untuk vendor :p
No comments:
Post a Comment